ExxonMobil dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah menganjurkan Bengkel Pembinaan Blog yang bermula pada 18 Januari sehingga 21 Januari 2010. Bengkel yang diadakan selama 4 hari ini telah melibatkan seramai 40 orang murid dari 20 buah sekolah rendah di sekitar daerah Kuala Terengganu.
Tujuan utama diadakan begkel sebegini adalah untuk meningkatkan penggunaan IT di kalangan murid sekolah rendah dan memupuk minat serta kreativiti mereka dalam menguasai dan mengendalikan aplikasi komputer, khususnya berkaitan pembinaan blog. Nur Aina Farhah bt Azmi dari tahun 6 Mulia dan Nur Irni Kamilah bt Mohd Zain dari tahun 5 Mulia telah dipilih untuk mengikuti bengkel ini. Bengkel Pembinaan Blog dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah PPAT. Seterusnya murid-murid dibimbing oleh fasillitator yang telah dilantik iaitu En. Zahron bin Mohd Khalid dan En. Jefri bin Mat Yasin dari SK Kuala Berang dan SK Kuala Dura, Hulu Terengganu.
Peserta bengkel ini diperkenalkan dengan kemahiran mencari maklumat melalui pelbagai sumber media iaitu CD-ROM, video dan internet serta kemahiran mengaplikasi Microsofr Word ke dalam blog. Peserta juga didedahkan dengan kepelbagaian sumber maklumat dan peralatan yang terdapat di perpustakaan awam.